Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Makluman
Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) -Jabatan Pendidikan Negeri Pahang-19/01/2021
Untuk perhatian dan tindakan oleh semua Pengetua/Guru Besar sekolah-sekolah negeri Pahang.
1.Buku teks dibenarkan proses pemulangan dan pengagihan bermula pada 21 Jan 2021 sehingga selesai.
2.Proses pemulangan dan pengagihan boleh dibuat secara sama ada secara pandu lalu (drive thru) oleh Ibu atau bapa atau penjaga sahaja(Murid tidak dibenarkan).
3. Pematuhan SOP yg ketat adalah perlu dilaksanakan seperti berkuatkuasa sekarang.
4. Borang SPBTG boleh ditandatangani oleh ibu@bapa@penjaga semasa pemulangan dan penerimaan buku teks berlaku.
5.Pihak sekolah perlu menyediakan jadual pemulangan dan pengagihan mengikut kesesuaian sekolah masing² dengan mengambil kira SOP/jadual mengikut tarikh/tingkatan/darjah/kelas/masa
6.Murid SPM 2020(pulang buku selepas tamat peperiksaan SPM),manakala murid SPM 2021 menggunakan buku Buku Terbitan Baharu(BTB).
7.Bagi sekolah yang tidak sesuai pelaksanaan pandu lalu(drive thru) dilakukan, pihak sekolah perlulah merangka pelaksanaan pengurusan pemulangan dan pengagihan buku teks mengikut kesesuaian sekolah dengan mengambil kira SOP, kesesakan dlm sesuatu masa, lokasi yang bersesuaian(dewan terbuka, bilik² khas @tempat lapang yang lain) dan hanya dibenarkan ibu bapa hadir 30 orang sahaja dalam satu masa.
Sekian, terima kasih.
EN. MOHAMMAD ROSLI BIN ABDUL RAHMAN
TPP, SPMd, JPN Pahang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan